Tuesday, March 07, 2006 |
MALU GILERR SYAALLL...hahahaha... |
Alkisah seorg anak perempuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? Sex tu apa Mi?'.. Terkedulah si ibu..... Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. Sesuai dgn konsep pendidikan seks yang sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dallm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..
Tiba- tiba si anak menangis teresak-esak.. Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dlm tangisan.. "Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya pendek saja ni"...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover).. NAME :........... SEX :............ CLASS :.......... SUBJECT :..........

.:mista fixx♥:.
|
posted by mista fixx @ 8:32 AM  |
|
|
|
|