Saturday, April 17, 2010
Relung Hati Kashah

Ahad

April 18, 2010

3.58 AM



Aku tak pasti apa yang aku alami sekarang..aku tercari-cari diri aku yang dulu..diriku yang tak akan pernah lagi membenarkan diri dilukai cinta..kini?aku benar-benar mengharapkan dia..aku yakin aku terlebih dahulu mengenali dia dari dia yang ditemuinya hari ini..aku tak tau apa tentang mereka..apa perasaan mereka..apa yang mereka lakukan..walau hati meronta ingin tahu..kenapa aku?kenapa mesti aku lagi yang bakal musnah kerana cinta yang tulus sering aku berikan..aku mengharap dan menantinya setelah bertahun..ini yang aku dapat..biarlah..aku relakan semua kerana cintaku padanya terlalu kuat..dalam..tulus..biarpun dia tak akan pernah tahu dan tak akan pernah mengerti..aku relakan semuanya kerna aku sakit jika kehilangannya dari hidupku..kejinya hidupku..dia gembira bersama insan lain..aku merana di sini tanpa dia ketahui..tapi aku relakan kerna aku ingin dia gembira..kerna aku sayang dia..amat sayang..lebih dari aku sayangi diri aku sendiri..dia rampas semua perasaan itu..kenapa dia yang aku kenali?kenapa dia yang aku temui??kenapa??semua ketentuan Tuhan dan aku harus relakan..tahukah dia bahawa aku pernah derita..sakit..gila..kerana cuba menjauhi dia terus mahu melupakan namun ternyata tindakan aku sia-sia kerna aku GAGAL..semakin kuat aku bertindak melupakan dia..semakin kuat perasaan cinta aku terhadapnya..semakin dalam..semakin sesak..aku buta kerana cinta..aku bukan orang yang sebegini..jika dahulu..aku seorang yang paling tidak percaya pada cinta kerna aku disakiti teruk..terlalu banyak kisahku berulang..ditipu..dipergunakan..mengapa mesti aku yang hadapi semua ini??adakah aku yang merelakan diriku diperlakukan sedemikian..sehina itu..salahkah aku mencintai??SAKIT..perasaan itu amat dalam hingga ku tak mampu melawan..kadang ingin juga ku bertanya pada dia..ajarkan aku cara untuk aku menghapuskannya dari hidupku..tapi ku takkan sanggup..Tuhan..apa yang sedang aku alami ini??aku tahu bahawa cinta ini tidak akan kemana kerna ternyata ia laranganMu Tuhan tapi salahkah aku untuk bahagia dengan merasai nikmat cinta sebegini..aku cinta dia bukan kerna paras rupa..nafsu..harta benda..aku terima dia seadanya..walau ia sudah hilang kesempurnaan di mata masyarakat..aku masih menginginkannya..ku gagal mengagungkan egoisku..cintaku tulus..tidak mudah pudar dan tidak akan..bagaimana ingin aku buktikan pada dia bahawa cinta aku ini lahir dari hatiku yang tulus??aku manusia biasa juga seperti dia..adakah ini satu kesilapan??seringku berharap andai wujud sesuatu di dunia ini yang bisa membaca hati dan perasaan dengan tepat..aku meraih kasihnya tapi aku gagal mengetahui apa isi hati sebenarnya??adakah ia juga perlukan aku?mencintaiku seadanya aku mencintai dia??bakalkah kisah gelapku berulang lagi kali ini?aku takut..aku takut aku gagal menahan perasaan lalu mengancam hembusan nafasku dan denyut nadiku..biarlah..aku relakan seadanya kerna aku tak sanggup kehilangan dia..dia mmg kucinta sepenuh hati..walau ada yang lain cuba utk memiliki hatiku..aku xbisa menyerah kerna semuanya ada pada dia sekarang..Tuhanku..sedarkan dia bahawa aku tak bisa hadapi ini sendirian..aku perlu dia..maaf Tuhan..aku manusia biasa dan sememangnya aku gagal mengawal perasaan dan diriku bila dia jauh dari aku..sayang..seandainya kau mendengar keluh hatiku..kau akan tahu betapa aku perlu kamu sehingga biarpun kau tidak mencintaiku..jangan kau hindari aku..bodoh aku bodoh..sampai bila aku sendiri tak pasti..mungkin esok lusa aku tidak lagi bernafas di bumi Tuhan ini tapi ketahuilah..ini bukan permainan..aku benar..tulus..tiada kata yang aku bisa luahkan bagi menggambarkan perasaan aku padamu..biarlah aku dalam keadaan begini..menanti cinta darimu sehingga tiada lagi aku menghirup udara yang sama denganmu di bumi Tuhan..jangan kau pergi selagi nafasku ada-melainkan aku dijemput Tuhan atau kau hantarkan aku padaNya..



Penuh Harapan

FixxKashah

posted by mista fixx @ 1:40 PM  
1 Comments:
  • At 9:09 AM, Anonymous Anonymous said…

    Thanks for one's marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you might be a great author.I will always bookmark your blog and will often come back someday. I want to encourage you to definitely continue your great posts, have a nice morning!

    Also visit my blog :: Zahngold Preis

     
Post a Comment
<< Home
 
 
About Me


Name:Fixx Jose
Home:Setapak, KUALA LUMPUR
About Me:ORDINARY PERSON
See my complete profile




















Previous Post
Archives
Links
Chatterbox




moon phases








:: MalaysiaTopBlogs ::