Wednesday, March 22, 2006
GADGET - Motorola SLVR L7

haluuuu geng...huhu...x update lame yer my blog ni...bkn ape...cam bese arr bz...mkay...ni die satu gadget yg agak kewl arr pd pndgn fix...minat woo..cantik kan?fix dh tgk live...moto SLVR..nipis jer fon ni mcm moto RAZR sebelum ni tapi bezanya yg itu flip fon n yang ini biase jer...bunyi jgn kate arr geng...besh...speaker takmo kalah tu...huhuhu...mkay...yg lain2 spesifikasi korg leh rujuk kat bwh ni k...fix suggest kan jer...lgpun fix minat ngan enset ni walaupun bkn 3G...huhu...nice...tapi lagi nice kalo fon ni adalah fon 3G kan?hehehe...


SPESIFICATION

Downloadable Content : Screensavers / images / animations / sounds
Integrated Digital Camera
Polyphonic Speaker : 22 KHz polyphonic speaker
Integrated MP3 Player
Video capture and playback with sound (H.263, MPEG4, 3GPP)
J2ME™ Games : enjoy pre-loaded J2ME™ games or download your favorites
Integrated Digital VGA Camera with 4 x Digital Zoom : and auto focus
Changeable 'Skin'
Slim profile : super thin, sleek design with premium look and feel
Picture caller ID
In-built Hands-free Speaker Phone
Picture Phonebook : manage your personal information with a 1000-entry picture phone book (operator dependant)
MMS (Picture / photo + text + sound)
Group SMS : select multiple addresses, create lists of friends
EMS 5.0
iTAP™ Predictive text with T9 emulation
SMS : with concatenated messaging
Email support: Pop3, SMTP, IMAP4
Instant Messaging
Cell Broadcast
Bluetooth® Technology : connect to compatible Bluetooth® enabled PCs, headsets and other devices wirelessly
Datebook : with independant alarm
Calculator and Currency Converter
Clock : with basic alarm
Talktime : up to approximately 315 minutes
Standby Time : : up to approximately 345 hours
Bands : Quad Band (GSM 850/900/1800/1900)
Browser : MIB 2.2, WAP 2.0 (WSP/HTTP 1.1, WTCP/IP, xHTML Mobile Profile, WCSS, Cookies, WTLS Class 2, TLS 1.0/SSL 3.0)
SyncML Device Management (Sync ML DM)
J2ME™ : MIDP 2.0
GPRS : Class 10 (2U/4D
WAP : WAP 2.0 (WSP/HTTP 1.1, WTCP/IP, xHTML Mobile Profile, WCSS, Cookies, WTLS Class 2, TLS 1.0/SSL 3.0
Internal Memory
Dimensions : 113.5 x 49 x 11.5mm
Display Type : large vibrant 262k TFT colour display
Volume : 59cc
Colour Display : vivid color display for viewing images and video clips
Removable Memory
Form Factor - Candy Bar
Weight : 96g

so ape lagi ditunggu...singgahlaa di kedai2 henfon berhampiran di tempat anda yer...acececeehh...wat iklan lak...huhu..



.:mista fixx♥:.


posted by mista fixx @ 10:40 AM   0 comments
Tuesday, March 14, 2006
Memories of us...Trip Yang Tidak Dirancang - Ulu Yam...


allow geng...sudah beberapa hari fix x mengupdate my blog ni...bkn ape..bz kerja...mklumlaa...fix bekerjaya...hehe..mkay...apepon fix akan update punye utk tatapan korg..hurmmm...korg pernah x g mane2...jln2 ala2 bercuti tp korg x plan pun awal2 nk g tmpt tu...huhuu...itulah yg selalu trjadi kat fix lately smnjak start tahun 2006 ni...pelik gk...hehe...tp mmg best aktiviti yg x drncangkan tu..ni salah satu contoh aktiviti kami-fix dan mbr2,di ulu yam..sbnrnye cam teragak dan terpacul kat mulut slh sorg mbr jer...terus on...huhu...besh gak..kitorg gi sini lps malam gathering AMN n ghost hunting pd pg tu..nk tau cerita lanjut psl ghost hunting n gathering AMN tu korg lwt2 laa blog mbr2 fix yg lain yg trlibat same tu yer...ade link kat tepi tu..ape yg boleh dikatakan...mmg besh gathering AMN ngn aktiviti ghost hunting mlm tu...fix pon join...xmo arr type pjg2...nnt org bosan nk bace kn?hehehe...tgk pic je arr...hehehe...

.. sis nita..eiffel..abg li..adi..

..sis nita..fixx..adi..

..syok tul korg tnpa fixx enteprem dlm pic ni...huhu..

..abg li..fhad..arm..sis nita..





.:mista fixx♥:.

posted by mista fixx @ 6:49 AM   0 comments
Saturday, March 11, 2006
GURINDAM 12 - Raja Ali Haji




hie geng..disini fix post sumthin yg amat menarik...gurindam 12 fasal yang dikarang oleh Raja Ali Haji untuk dijadikan sebagai kata-kata nasihat untuk org Melayu..ada sedikit dari gurindam ini..iaitu dari gurindam fasal 12 pernah digunakan di dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam - dilagukan oleh Meriam..so,ambil faedah dan nasihat dari gurindam ini kerana maknanya amat mendalam - bg yg mengerti...



Bermula inilah rupanya syair.

Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna

Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini

Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur


INI GURINDAAM PASAL YANG PERTAMA

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama

Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma'rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat


INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA

Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut

Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang

Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa

Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat

Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji


INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA

Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita

Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping

Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan

Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi'il yang tidak senonoh

Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat

Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi


INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT

Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh

Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah

Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir

Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala

Jika sedikitpun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka

Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah

Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar

Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor

Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi

Pekerjaan takbur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih


INI GURINDAM PASAL YANG KELIMA

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai


INI GURINDAM PASAL YANG KEENAM

Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat

Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru

Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri

Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan

Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi


INI GURINDAM PASAL YANG KETUJUH

Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta

Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih

Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang

Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur

Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar

Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan

Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut

Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar

Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar


INI GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN

Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya

Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya

Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya

Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar

Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa

Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan

Ke'aiban orang jangan dibuka
Ke'aiban diri hendaklah sangka


INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN

Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan

Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa

Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja

Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda

Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di situlah syaitan punya jamuan

Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat

Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru


INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH

Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka

Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat

Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai

Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil


INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS

Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa

Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela

Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat

Hendak marah
Dahulukan hujjah

Hendak dimalui
Jangan memalui

Hendak ramai
Murahkan perangai


INI GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS

Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri

Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat

Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu

Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai

Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti

Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta




.:mista fixx♥:.

posted by mista fixx @ 2:45 AM   0 comments
Wednesday, March 08, 2006
Hawtnyerr ABG NAM - Supa Dupa Diva Membawa Diri Ke OVERSEA??
hohohoho...ayoo...mmg hangat topic kali ni uollzz...abg nam pon agak teruja lagi...ya laaaa...almaklumlaaa...supa dupa diva yang agk melets tu mahu membawa diri katenye ke oversea...dah nk tinggalkan tanahair trcinta laaa...nape??huh...abg nam dpt sumber mengatakan yang supa diva ni mengikut suaminya ke sane...ala2 romantik ek...alalala...tp kan...abg nam rase sebenarnya supa diva ni nk wat operation kat sane tu...dgr2 nk tmbah padding lemak di badan tu??hahaha...ye ke kak su??heran tul...xcukup ke yang ade??ehh...mane cukup laaa...tgk aje bdn supa diva yg ramping tu...skali kene tiup angin melayang smpai venice???hahahaha...venice???ayo...tu laaa lokasi yg suami si supa diva ni nk hangkot bini dier ni...bertuah badan yeh...ada lagi ura2 mengatakan yang skrg ni supa dupa diva ni sdg giat menjalani latihan fizikal sebelum berlepas...latihan ape toohh??hah??laaa...latihan membawa benda2 berat uollzz...almaklumlaaa...nnt kalo kat airport xleh laaa supa diva n i feeling2 catwalk xbwk brg kan??harus diterbangkan angin laju kat airport tu...so utk keselamatan kenelaa ikat benda2 berat kat badan supa diva kiter nih supaya x dihangkot angin yg maha dengki kat keperawanan dier tuh-ya kaaa??...ajaib ekk...huhu...lagi hebat katenye dah nk register international pasport uollzz...tahniah yer...abg nam tumpang hepy jaaa...huhu...apepon semoga x lupe tanahair yer...kalo dah padding lemak kat bdn tu jgn lelebih...nnt jadi cam bigfoot agak sukar plak nak naik flight nnt kan??ngeeeeee....abg nam sampaikan info je hadek2,habang2 n hakak2....msti ade yg mkn hati tgk gmbr supa dupa diva kiter yg terbaru ni...ini sblum pembedahan uollzz...yg selepas kite tgk je nnt k...lagi skali...TAHNIAH YERRR...hahahaha...






p/s-matilaaaaa abg nam kene racun ngn cloroc.....huwaaaaaaaa....terbangggggg*******




.:mista fixx♥:.

posted by mista fixx @ 2:05 AM   0 comments
Tuesday, March 07, 2006
ANITA - Vogue da best!!
hie geng...dah dptkan album kak nita yg da latest?hurmm...leh tahan...hebatt..tu yg fix leh kater...nape??mmg besh wooo...try dgr k...klik link kt bwh ni nnt n pradendang la yeh lagu2 diva kiter ni...perghhh...mmg supa jazz...layan gk arr...fix b4 diz mmg agak x gmr lagu2 genre camni,,,p memandangkan fix ni peminat kak nita so dgr laa gak...skali...wow...for ur info...my dad also a big fan of anita sarawak...hehehehe...fix lak mmg suke segala2 yg kene mengene ngan SARAWAK...motf???hahaha...ape2 laaa...dgrkan yeh n dptkan yang original di pasaran...latest from KRUMUSIC group..cayalahh KRU...

CLICK HERE TO PRADENDANG..hehehe..


.:mista fixx♥:.
posted by mista fixx @ 6:31 PM   0 comments
Ape MOTIFF mereka nih??MAHA HIPOKRIT!!
ni lagi satu hal geng..fix mmg pelik+teruja sgt2...ape motif manusia berdua nih???dulu yg si pompuan ni nafi habis2...xde ape2laaa dgn jantan tu...jijik tul perangai artis zaman sekarang...perlu ke hipokrit setebal dinding tembok cina??alahaii...ke mmg si pompuan ni btul2 telah terkena jampi si jantan tu?kene hembus katenye..ntahlaaa geng....ape2 pon fix doakan artis kita ni bahagia dgn sape2 yg die pilih...tp korg pasan x??manusia paling hipokrit ni mmg dh nmpk kehipokritan dier sjak dari awalnye ek...contoh - xmo brgmbr dgn artis lelaki kat malaysia...abih ngn mawi nk plak...ayooo...jijiknye ek kak su...pastu kate xmo dye2 rambut...pantis2 kening..abih baru2 ni apsl ngn rambut tu??kene karat air ke?kening yg cantik tu gugur sendiri ker??alahai kak siti...xpelaaa...itu hak kamu...fix tetap sokong perjalanan seni kamu k as long kamu x nyusahkan org lain terutamanya fix...lantaklaa kamu...hipokrit pun hipokrit laaa...tp nk ckp ni - fix mmg anti hipokrit...plastik dan sebagainya...waallllaaaahh..


Dato' K wit his future wife....yeker??


KUALA LUMPUR 7 Mac - Ahli korporat, Datuk Khalid Mohd. Jiwa, 47, berkata, beliau akan membuat kenyataan terbuka mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin, 27, tidak lama lagi.
Beliau yang juga dikenali sebagai `Datuk K' mengakui banyak pihak bertanyakan kesahihan kisah percintaannya dengan penyanyi terkenal itu sehingga membuat dirinya berasa `tidak tenteram'.
``Buat masa ini, biarlah saya berdiam diri dulu.
``Nantilah, saya akan panggil semua (media) cakap pasal benda ini... nanti-nantilah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Duda anak tiga itu mengulas pengakuan Siti Nurhaliza (kanan) semalam mengatakan hatinya sudah dimiliki tetapi tidak menyebut identiti lelaki pilihannya.
Penyanyi pujaan ramai itu membicarakan kisah percintaannya buat kali pertama di depan media setelah sekian lama berteka-teki.
Sambil mengakui dirinya semakin matang dan terbuka membicarakan tentang cinta, Siti Nurhaliza terpaksa berdepan dengan pelbagai gosip mengenai kisah cintanya. petikan dari akhbar UTUSAN MALAYSIA, 8 Mac 2006.





.:mista fix♥:.
posted by mista fixx @ 4:49 PM   0 comments
Myspace SIAL laaaa!!!
allow geng...fix hangen tol pepagi adam ni...nk masuk myspace dari tadi byk kali try tp x gk dpt2...apahal lagi si TOM ni...mmg menyusahkan tol laaa...adehh...bkn fix sorg jer...my rakan sekerja ni pon xdpt masuk gak...byk kali kami try...apahal laaaaaaa....bengang tol haku...sure inbox fix penuh pepagi ni tp cmne nk cek kalo dah camni gayenye...sial tol laaa...hah...bape kali sial dah fix ulang pagi ni...mmg btul2 sial la moderator Myspace nih!!
HUARGGGGHHHHHH...xpelaaa TOM...ko hengat ko wat camtu aku kisah ker??aku ade frenster laaa...hahahaha...( tp frenster xbest cam myspace - statement nk sedapkan ati jer.. )
Ape2 laaaa...kepada semua KAUM HAWA kat dunia ni fix nk wish SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA...termasuklaa untuk kaum2 wanita celup yeh..korg pun wanita gak kan walaupon berkote??hahahaaaa...opssss...




.:mista fix♥:.
posted by mista fixx @ 4:18 PM   0 comments
MALU GILERR SYAALLL...hahahaha...
Alkisah seorg anak perempuan yang
baru masuk
tadika bertanya kepada mummynya..
'Mummy, mummy? Sex tu apa Mi?'..
Terkedulah si ibu.....
Terasalah akan kemodenan zaman sekarang yang
berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih
terbuka.
Sesuai dgn konsep pendidikan seks yang sedang
hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari
jawapan yang sesuai untuk anaknya dengan
harapan
anaknya takkan tertinggal dallm arus pendidikan
sejagat.
Maka si ibu pun mula memberikan jawapan
mengenai
apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang
dan
bunga, diikuti dengan pembentukan bayi dalam
kandungan dan diselitkan juga dengan kisah
percintaan antara mummy dan daddynya dari
zaman
universiti lagi sehinggalah dgn kehadiran si comel
iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba- tiba si anak menangis teresak-esak..
Si ibu kehairanan dan bertanya.
Si anak menjawab dlm tangisan..
"Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawapannya
pendek saja ni"...seraya meyerahkan buku latihan
yang tertulis kat depannya (cover)..
NAME :...........
SEX :............
CLASS :..........
SUBJECT :..........





.:mista fixx♥:.

posted by mista fixx @ 8:32 AM   0 comments
Ape dah jadi??
allow geng...fix amat tertarik dgn post di bawah ni...fix pon xpasti sape yg send kat fix...tp kamu msti pernah trnmpk kan?mmg benar ke perihal suami isteri ni?hurmm..x semua rasanya..hehehe..tu sume terpulang pada setiap individu yg telah berumahtangga k...tak baik memutuskan ikatan yang telah dibina bersama yer..mkay..check on it k..ngeee...♥




Awal Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Jom kita pergi shopping"
Suami : "apa la shopping, buat habis duit jer.."


***Awal Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"


***Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang mengandung.."
Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

***Awal Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "OK..no problem.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
Suami : "Awak tak boleh buat keee.."


***Awal Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

Pertengahan Perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

Penghujung perkahwinan
Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."





.:mista fixx♥:.

posted by mista fixx @ 8:02 AM   0 comments
Hawtnyerr ABG NAM - Selamat Pengantin Baru
huhuhu...
ketemu lg yaaaa...
ade satu pelakon lelaki fofuler ni...
agak top gak laaa...erkk...top lg??ye ke??
hahahaha....sudah mau mendirikan rumah tangga k...
bakal isteri bkn calang2 org tu...
ratu katenye uollzz..agak glamer di sekitar lembah klang..pelabuhan klang...segenting klang mahupun pantai dalam...aik...hehehehe...ape2laaa..baru je ratu ni membolot gelaran miss punctual katenye...
ayooo...beruntung pelakon lelaki ni yer...
almaklumlaaaa...ratu tu...sape yg x knl mmg kekamp sgt...hahaha...
bkn stkt ittew uolzz...ratu ini pemilik premis perniagaan propah ternama yer...
abg nam xleh gtau laa perniagaan propah ape yer...maaf...editor haramkan...
mmg agak hebat penangan pelakon tersohor ni yer...
sesuai laaa tuh...pelakon lelaki ni pon pernah tercalon dalam anugerah grammy...tp hanye dpt kilogrammer award saje...ok laa tu dari xde kan?hahaha...
tahniah kamu berdua...abg nam amat teruja...
majlis bakal diadakan di perkarangan masjid negara...abg nam belum dapat kad jemputan tp adelaaa ahli2 keluarga bakal pengantin ni yang bermulut puaka memecahkan lubang yeh...hahahaha...haruzzzz..
masjid kaaa?ayo..sejuk majlis...kenelaaa abg nam suruh bini abg nam tu bertudung ye ke majlid tu nnt...maklumlaaa...bini dan kakak abg nam free hair orgnye...
hahaha...majlis dikatakan bermula pukul 8mlm...
harap2 para jemputan punctual la yeh di tmpat kejadian-katenye...hahahahaha...
abg nam rase pengantin pompuan akan tiba 8pg keesokan harinya...ye ke??
abg nam hanye menurut kata editor ye uolzz..jgn slhkan abg nam...hahahaha...
apepon moga bahgia hingga ke anak cucu...
TAHNIAH YERRRR....hahahha...


p/s-abg nam cadangkan tema perkahwinan tu ala2 masquerade party...bole ke ek kat masjid tu??hahahaha....






.:mista fixx♥:.
posted by mista fixx @ 5:42 AM   0 comments
Hawtnyerr ABG NAM - PenCARAS Supa Dupa DIVA - BERANI MATI!!
hahaha...ruangan hawtnyer abg nam ni mmg hot yeh...
agak gempak n hangat ye topic kali ni...
iyaa...emangnya hangat deh...
begini ceritanye hakak2,hadek2,habang2 sumer...
ni bkn cereka...bkn propaganda dan bknlah spedorama dan spekurama yeh...
nk jdkan story...adelaaa sorg ni...prnah laa umat ni digelar pencaras supa dupa diva *toooooottt* pd 1 mase dulu..
alkisahnyer...awal hari ni laaa...
umat nih katenye telah mengeluarkan 1 statement brani mati yeh...
mmg agk kobi sket...hahaha...
gaye2 ala2 nk tarik perhatian umum...
tp abg nam tak tau ape tujuan utama die neh..
maklumlaaa...abg nam x laa sehebat mama juwie n mama huzz nye liputan...
sket2 jer uolz..hehehe..bak kate org...like2 jaaa..ngeee...
berbalik pade story mory stobery tuh..
si umat ni katenye telah mengiklankan dirinya di buletin utama yeh...
mngatakan bahawa mau mengundurkan diri dari arena seni...
ayooo...matilaaa abg nam...bole plak katenye nak mendeletekan dirinya dari list2 carta mak2 hayem...
camne tu ek??nk delete setelah mencipta nama yg agak top - erk...top ker?hahaha...
lak elaaa...ape laaa lu...mao undur diri...psl ape uolzz??
adelaaa angin yg bertiup kencang mngatakan bhw umat ni hebat orgnyer...
berjaya menghalang peperangan maha supa diva lagi tew...dan lagi hebat berjaya menghalang beberapa penggiat seni mengundurkan diri...ermmm...
mmg jasa umat ni x terkate k...tp now nk deletekan diri sendiri plak??aikkk??...
tulaaaa...abg nam dh pesan dulu...hadek2 jgn feeling lebih2...kan dah....
sape nk jwb hal ni...
hurmmm...bole hidup ke tanpa glamer wahai umat itu...hehehhe..
kamu tu dah biase idop agak glamer...nnt lemas dilambung dunia yg tak glam tu...abg x dpt nk tlg k...hahaha....
apepon uolzz...abg nam tau punca umat itu mau mendeletekan dirinya tu tp kenotlaaa...abg nam xle story...abg nam xlaaa jht mane uolz...hahahaha..
tp awas ye umat itu...kalo kamu btul2 berundur maka terpalu laaa cerita kamu ittew...
hahahahaha....

p/s-matilaaaaaa abg nam kene longkhong....lariiiiiii....******






.:mista fixx♥:.
posted by mista fixx @ 5:13 AM   2 comments
Monday, March 06, 2006
Lagu ini sgt PSYCHO..haha..
mkay geng...ni satu lagu yg begitu amat dan sgt psycho bg fix...tgk aja liriknyaa...waduhhh...gawat sih...sgt tersentuh bila fix mule2 dgr lagu ni dulu...teramatlaaaa psycho...katenye...hehe...tp seriuz...muzik die layaannnn...yg nyanyi pon penuh emosi...huhuhu...syahdu k...sini lirik je fix tayang k...nk lagu??cari sendiri...hehe...



Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapat kah kau memberi ku satu art
iSedikit rasa yang bisa ku mengertibukan sumpah atau janji
***Bukti kan lah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa memerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama.....
Reef:Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku oh..oh..oh
Jujur lah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakalah akuselamanya....
nyanyian Radja
JUJUR
yap..mmg sedih kan??psycho sgt lg2 time fix 1st dgr tu tgh rindu ngn org yg tersayang...waduhhhh...jujurkah dia??huhuhu...sabar fix...ngeeee...




.:mista fixx♥:.
posted by mista fixx @ 2:19 PM   0 comments
Memories of us...NNC...
huhuhu...bahgia hendaknya sume yerr..mkay..nk story bout da group dat i've join..hehehe...NNC..maksudnya No Name Clanz..ramai gk arr selain aku...walau kami melalui byk cabaran dan dugaan tp dah 3 kali kami mengadakan gathering...kali ketiga aritu agak worst sedikit psl ade hal2 tertentu yg xdpt dielakkan..n..ramai gk yg xleh nk join..tp brjln gk arr walau x semeriah biasa...mostly ade hal memasing n ade yg riso ngn raid...berikut beberapa gmbr saat-saat itu...hehe..

nu year gathering-1st gathering..

nu year..

nu year..

chinese nu year-2nd gathering..

chinese nu year..

chinese nu year..

mkay...yg fix nk tunjuk pic2 yg 1st n 2nd jer...yg third ade...menyusul after diz k...nila aktiviti NNC..huhuhu..thanx to all NNCianz yg support k..so wait for da next gath k..credit to all...♥ uollzzz...



.:mista fixx♥:.


posted by mista fixx @ 10:46 AM   0 comments
For da 1st...
blog??huhu...akhirnya...aku menceburi bidang blog mem-blog nih...xtually dh lame ade blog tp under frenster...diberi perhatian hanya utk mbr2 lama-zaman skolah dan seadanya...jd..untuk semua...ini...dari sehari ke sehari aku ambil masa nk wujudkan blog ni tp xde mase yg cukup...bz dgn khidupan penuh cabaran...
hari ni....memanggil aku utk cuba bertindak...hurmm...aku mula...k...akhirnya...bornday...take it..♥



.:i am fix♥:.

posted by mista fixx @ 10:14 AM   0 comments
 
About Me


Name:Fixx Jose
Home:Setapak, KUALA LUMPUR
About Me:ORDINARY PERSON
See my complete profile




















Previous Post
Archives
Links
Chatterbox




moon phases








:: MalaysiaTopBlogs ::